Monday, April 5, 2010

Pangsapuri Subang Mewah USJ1 utk dijual


Pangsapuri Subang Mewah USJ1 utk dijual. RM65 neg

berminat sila hubungi 019-2371903 / naqib_2000@yahoo.com / naqib2000@yahoo.com / razlanze@tnb.com.my

Sunday, November 1, 2009

Exam & tension..

Kali ni...exam lagi...semuanya tension. Almaklum la kureng baca buku...apa nak jadi? CGPA & GPA nak tinggi & bagus tapi malas nak study...

Thursday, May 8, 2008

Yahoo.... Merdeka...Merdeka...Merdeka....

Maka dengan ini diistiharkan bahawa exam utk semester 2 bagi student ePjj_Is110 tamat. Hari ni exam utk subject IMD103. Berpinar nak jawap, almaklum la kurang study. Aku merupakan orang yang terakhir keluar dari dewan utk bagi subject ni. Sebenarnya aku panik tengok member2 ramai yang dah keluar exam hall dengan muka yang tersenyum lebar sampai ke telinga sedangkan aku masih terkial-kial dok menjawap. Masa 3 jam diperuntukan selepas 1 1/2 jam aku tinggal sorang2. At last selepas lebih kurang 2 1/2 jam aku pun selamat keluar dari exam hall. Betul atau tidak berserah aje la... TAWAKAL...
Lepas tu kami semua meraikan kemerdekaan ni kat Boling shah Alam Sentral. Point aku 63, paling rendah sekali. Tension.... Ingat lepas exam boleh release tension tapi lagi tension....

Saturday, May 3, 2008

Exam lagi...

Semalam 2 Mei 2008 exam utk subjek IMD104 kat Komplek Sukan Uitm. Susah la jugak soalannya tapi senang bagi org yang dah prepare awal2.... Macam aku ni last minit baru nak study....boleh kantoi... sekarang ni tawakal aje la... Sepatutnya study betul2 baru la tawakal.... Harap member ePjj semua dapat jawap dan boleh jumpa lagi pada semesta depan.

Lagi satu nak story, sebelum exam pagi tu aku pegi la toilet. Dalam jam 8:15am, exam pulak start 8:30am. Masa tu aku bawa sekali pencil case. Lepas tu aku cuba nak letakan pencil case tu kat atas batu concrete, tiba2 pencil case tu jatuh. Punya la jenuh nak angkat... lubang tu kecik dan dalamnya 3 kaki. Yang buat aku panik id utim & slip exam ade dlm pencil case...Nak ambik tu aku guna 2 batang penyapu, buat mcm chopstik. Bayangkan la mcmana susah..luka2 dan bercalar tangan dibuatnya. Nasib baik aku jumpa Saufi, member satu kelas. Entah apa student2 uitm fikir masa nampak aku mcm tu. Tak dpt nak bayangkan mcmana jadinya kalau aku tak dpt ambik pencil case tu...

Tuesday, April 29, 2008

Hidup bawah pancaran maut


Oleh Helmy Abd Rahmanhelmy@hmetro.com.my
KELANA JAYA: Ibarat telur di hujung tanduk. Itulah situasi dihadapi penduduk Taman Subang di sini, yang dipercayai berisiko lebih tinggi diserang kanser dan pelbagai penyakit kronik lain berikutan tinggal berhampiran menara pemancar telekomunikasi.Pendedahan mengejutkan itu dibuat Profesor Bersekutu Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Adlina Suleiman, bersama 10 pelajarnya, baru-baru ini, melalui kajian kesan radiasi menara pemancar telekomunikasi terhadap penduduk di taman perumahan itu.Anak lelakinya dimasukkan ke hospital kerana mengalami ketumbuhan pada wajah dan peliknya selepas dirawat, ketumbuhan itu kembali berulang.Anak perempuannya pula dijangkiti ‘herpes zoster’ iaitu sejenis kayap yang tidak akan menyerang sistem imun badan orang normal.

Hasil kaji selidik dua minggu membabitkan 170 penduduk taman perumahan itu mendapati 8.23 peratus responden dilaporkan diserang kanser berbanding tidak sampai satu peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat negara ini mengalami penyakit sama.
Kebanyakan kes berlaku sesudah sebuah menara pemancar telekomunikasi didirikan di taman perumahan itu 10 tahun lalu, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ia mempunyai kaitan secara langsung dengannya.Dr Adlina yang turut menghuni taman perumahan itu mengambil inisiatif membuat siasatan mengenai bahaya kesan radiasi gelombang elektromagnetik (EMR) dihasilkan menara pemancar telekomunikasi sebelum melakukan kaji selidik dua minggu membabitkan 170 responden terbabit.“Mengikut kajian satu badan dibiayai Kesatuan Eropah (EU) yang dipanggil Reflex menunjukkan, wujud kemungkinan gelombang elektromagnetik bertenaga rendah (EMF) dapat memusnahkan kromosom, merubah aktiviti sesetengah gen dan mempercepatkan pembahagian sel.“Ini bermakna ada kemungkinan sesiapa yang mempunyai sel kanser peringkat awal berdepan risiko maut secara mendadak jika masuk ke Taman Subang dengan percambahan segera sel itu yang dipertingkatkan melalui gelombang EMF.“Dengan jumlah lebih 50 antena dan cakera pemancar gelombang yang dipasang pada menara berkenaan, bayangkan berapa banyak gelombang EMF terpaksa diserap penduduk setiap hari,” katanya kepada Harian Metro.Beliau berkata, objektif kaji selidik yang dilakukannya untuk menentukan kesan EMR terhadap penduduk Taman Subang membabitkan kejadian kanser, simptom tertentu, kekerapan sambaran kilat dan kebimbangan penduduk setempat berhubung kewujudan menara telekomunikasi berkenaan.“Hasil kaji selidik itu menunjukkan angka mengejutkan membabitkan kejadian kanser di kalangan penduduk apabila mendapati 18.8 peratus daripada responden lelaki berumur 40 hingga 59 tahun diserang kanser berbanding hanya 0.21 peratus penduduk lelaki Malaysia dalam lingkungan usia sama mengalaminya.“Responden wanita pula dalam lingkungan usia sama 2.56 peratus berbanding hanya 0.38 untuk keseluruhan kes di negara ini.“Bagi lelaki berumur 60 ke atas (responden) pula, 11.54 peratus penduduk Taman Subang mengalaminya berbanding lelaki negara ini yang seusia (0.94 peratus), manakala wanita seusia di Taman Subang 13.3 peratus berbanding 0.67 peratus di Malaysia.“Secara amnya, 8.23 peratus di kalangan 170 responden mengalami kanser berbanding tidak sampai satu peratus membabitkan keseluruhan populasi penduduk negara ini mengalaminya,” katanya.Menurutnya, kaji selidik berkenaan dibuat membabitkan penduduk yang tinggal dalam lingkungan jarak 120 meter dari menara berkenaan dengan populasi penduduk dibahagikan tiga zon lingkungan iaitu Radius A yang berjarak 40 meter, Radius B (80 meter) dan Radius C (120 meter).“Penduduk yang tinggal dalam Radius A mengalami simptom paling tinggi membabitkan keluhan pening, hilang ingatan, kurang penumpuan, loya, kemurungan, hilang selera makan, sakit kepala, gangguan penglihatan, gangguan waktu tidur dan ketidakselesaan, manakala penduduk yang tinggal dalam Radius B pula mengalami gangguan haid, penurunan keinginan syahwat, masalah kardiovaskular, kelainan pergerakan, gangguan pendengaran, keletihan serta ketidakselesaan.“Walaupun simptom itu semakin berkurangan apabila menuju Radius C, zon berkenaan mencatat distribusi kes kanser paling tinggi,” katanya.Dr Adlina berkata, pihak berkuasa perlu mengambil langkah sewajarnya dengan menghentikan operasi menara telekomunikasi itu seberapa segera untuk kesejahteraan penduduk.“Saya sendiri terpaksa mengeluarkan belanja lebih RM20,000 untuk merawat dua anak. Anak lelaki saya dimasukkan ke hospital kerana mengalami ketumbuhan pada wajah dan selepas dirawat, kembali berulang. Anak perempuan saya pula dijangkiti ‘herpes zoster’ iaitu sejenis kayap yang tidak akan menyerang sistem imun badan orang normal. Seluruh ahli keluarga kami juga sentiasa berasa pening kepala melampau.“Selain itu, kedudukan menara yang terlalu hampir dengan rumah penduduk iaitu sekadar 10 meter menimbulkan persoalan kerana garis panduan dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan jarak 150 meter,” katanya.Kes penyakit berbahaya di seluruh dunia disebabkan gelombang elektromagnetik dihasilkan pemancar telekomunikasi.
Kes 1 - LondonPADA Ogos 2007, syarikat telefon bimbit Orange bersetuju mengalihkan pemancarnya yang dikenali ‘Menara Kemusnahan’ yang dipasang di atas bumbung pangsapuri lima tingkat selepas tujuh penduduk yang tinggal di bangunan itu diserang kanser dengan tiga daripada mereka meninggal dunia, manakala empat lagi sedang bertarung nyawa.Peratusan kanser membabitkan penduduk yang tinggal di tingkat atas bangunan itu ialah 20 peratus, 10 kali ganda melebihi kadar keseluruhan negara berkenaan.Sejak menara itu dipasang pada 1994, penduduk terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah kesihatan seperti pening kepala melampau dan sebagainya.
Kes 2 - Warwickshire, EnglandSEBANYAK 31 kes kanser pernah dilaporkan berlaku di satu jalan berhampiran sebuah menara telekomunikasi di bandar berkenaan. Hampir 10 daripada kira-kira 30 kakitangan sebuah sekolah istimewa berhampiran menara itu dilaporkan terkena barah sejak 2000, manakala selebihnya mengalami pelbagai masalah kesihatan lain.
Kes 3 - Osafia, IsraelDALAM tempoh empat tahun (sejak 2000) seramai 165 orang meninggal dunia akibat kanser di satu kawasan kejiranan di Osafia yang mempunyai pemancar telekomunikasi.Hal ini menyebabkan Kementerian Kesihatan negara itu membuat kajian kaitan kes kanser dengan pemancar di kawasan terbabit serta bercadang memanjangkan kajian mereka ke bandar Yavne, Modeen, Reud dan Tamra yang turut mempunyai pemancar seperti itu.
Kes 4 - London, EnglandPADA 2002, ketua masyarakat setempat, Iain Duncan Smith menggesa kerajaan British menyiasat kaitan di antara 16 pemancar telekomunikasi yang dipasang pada bumbung sebuah bangunan di South Woodford apabila lima penduduk daripada tujuh rumah mengelilingi bangunan itu diserang kanser.Kejadian kanser membabitkan penduduk yang tinggal jauh dari situ adalah rendah.
Kes 5 - Cardiff, WalesSEKURANG-KURANGNYA lapan penduduk di St George dan St Brides mati akibat kanser dalam tempoh lima tahun. Setiap satu daripada 10 rumah berhampiran pemancar di Bedfordshire mencatatkan kematian akibat kanser.
Kes 6 - Norfolk County, Amerika SyarikatPADA 2006, 17 orang yang tinggal berhampiran menara pemancar di Norfolk County dilaporkan mengalami gangguan kesihatan termasuk pening kepala, keletihan, loya dan sebagainya sejak menara itu didirikan.Menara itu kemudian dipindahkan.

Wednesday, April 23, 2008

Final Exam Uitm...

Semalam 22 April 2004, final exam bermula. Pukul 6:30am chow dari rumah, takut tersangkut kat "trafic jam". 7:15am dah terpacul kat Uitm. Paper BEL260 pulak tu... tak tau apa yang aku goreng masa buat karangan dalam "English". Untuk semester 2 ni aku ambik 4 paper aje...nak ambik lebih memang tak mampu, baik dari segi kewangan ataupun akal. Harap2 dapat la tamatkan program ni... So tinggal lagi 3 paper nak kena harung. Macamana la agaknya...??

Friday, April 4, 2008

Pemandangan KL dr KLCC pada Rabu 2 April 2008

Ini la pemandangan KL dari KLCC masa hujan lebat giler pada tengahari rabu 2 April 2008. Gambar ni pun org email jugak... Masa ni aku ada kat opis di Wisma TNB PJ. Dari tkt 15 nampak Federal Highway sesak jugak...Ade pesta lampu merah. Tapi sayang kamera tak bawak...




Bookmark